Seorang penyokong kuat Mahathir telefon saya petang tadi. Saya sebenarnya malas nak jawab. Sebab selama ini kalau dia telefon kerjanya hanya hendak mengutuk DSN.
Soalan pertama dia tanya saya , kau rasa-rasa siapa layak jadi PM ?
Selamba saya jawab hanya Najib yang boleh baiki keadaan Malaysia ?
Kenapa ?
Najib pandai cari duit untuk negara .
Ya lah bro…. hutang 1MDB berpuluh bilion takde pun kita bankrap. Dia pandai cari duit untuk bayar. Eh eh eh…pandai pula dia jawab.
Saya pula kata, Najib pandai jalin hubungan dengan dunia luar. Najib boleh main golf dgn Presiden Amerika. Najib boleh bina hubungan baik dgn Raja Arab. Boleh minta kuota haji lebih. Boleh minta Arab melabur di negara kita. Najib mempunyai hubungan yang sangat bagus dgn Presiden China . Selamba boleh minta China beli minyak sawit dan durian. Untuk kepentingan rakyat luar bandar. Najib boleh runding dengan PM Britain untuk pelaburan besar KWSP di sana. Untuk kepentingan pencarum KWSP. Malah dengan kumpulan pemisah pun Najib boleh berunding untuk bawa keluar jenazah dan kotak hitam dlm kes MH17.
Banyak lagi kalau saya nak beritahu. Yang mustahak, network Najib bagus. Dalam bisnes pun kita perlu ada network yang bagus untuk maju. Apatah lagi jika memimpin negara.
Najib semasa jadi PM, pergi luar negara cari duit untuk keuntungan negara. Mahathir pula jadi PM, pergi pinjam duit dengan Jepun. Kemudian bergaduh dengan negara luar sana sini. Saya bagi kat dia setepek. Selama ini dia beri kepada saya bertepek2.
Dalam negara pula, zaman Najib apa kemudahan yang rakyat tak dapat ? Bantuan itu ini, sampai ke cermin mata pun dapat bantuan.
Diringkaskan cerita, Allah buka pintu hati dia untuk terima kebenaran. Saya rasa lega. Sebuah kemenangan untuk saya. Kerana selama ini dialah antara yang kuat perli dan kutuk saya kerana menyokong Najib dan Umno.
Yang haq tetap haq. Yang bathil pasti akan kalah jua.